Nak Ucap Hari Guru.....Silakan

AHLAN WASAHLAN...SELAMAT DATANG

Friday, October 19, 2012

Sunday, January 30, 2011

MARI NYANYI SAMBIL HAYATI

Lagu Sekolah

Sekolah Agama Rakyat As Saadiah Sg Galah

(BERUSAHA, BERTAWAKKAL, BERJAYA)


Sekolahku tercinta,

Tempatku menimba ilmu,

Cemerlang dan berjasa,

As Saadiah namanya.


Maju As Saadiahku,

Gemilang di persada,

Bersama di alun gelombang,

Putera Puteri berwibawa.


Majulah sekolah, sekolahku cinta,

Kegemilanganmu kini terbukti,

Maju sekolah, majulah selamanya,

Kami bangga jadi anakmu.


Berusaha bertawakkal,

Berjaya di penghujungnya,

Ilmu, amalan moga diberkati,

Bersyukur kami padamu........Ya Allah.


Lirik dan Lagu Oleh : Ahmad Humairi bin Razalli

Friday, December 24, 2010

KIRA TERBALIK (COUNTDOWN)


Tik tik tik
Masa berdetik
Tik tik tik
Dikira terbalik
Berazam tak pernah serik
Masuk ke bilik
Lihat cermin berlarik
Buat mimik muka pelik
Jelir-jelir korek korek
Aku nak jadi lebih baik
Aku mau naik
Jadi lebih cantik
Lebih menarik
Asalkan tidak terbalik.

Sunday, November 14, 2010

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah



Assalamualaikum! Semoga boleh dimanfaatkan bersama. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknatyang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH,

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB,

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU,

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK,

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS,

6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnyaIyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akanbermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada mataharikami meminta pertolongan!!!!"

7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habishendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihahdengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.


Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayatsemoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Wassalam

Friday, October 29, 2010

NAK SEMBUH? INILAH RAWATANNYA.

بسم الله الرحمن الرحيم
Ulama memberi perumpamaan...

"NAFSU adalah seperti periuk yang sedang mendidih, begitu menggelegak isinya sehingga terkeluar kacang-kacang dal dari dalamnya. Akan tetapi, jika diletakkan ke atas penutupnya apa-apa sahaja benda yang berat (yakni ubahkan keadaan & suasananya), maka didihan itu akan berhenti. Begitulah keadaannya dengan NAFSU, perlu diletakkan beban yang berat (KETAATAN) ke atasnya, maka nafsu itu akan ditundukkan..."

...Nampak macam senang...macam kita masak bubur kacang tu la agaknya ya. Nak cepat empuk dengan izin Allah, kita buat macam-macam cara, tutup dengan tudung periuk la, letak sudu la, taruk minyak sikit la. Bila dah mendidih, terkeluar pula isi-isinya..lalu kita cari lesung batu letak kat atas dia supaya tak berhamburan lagi...(tapi biasanya ana slowkan api je). Takpe-takpe, perumpaman kat atas tu ulama yang bagi, memang ada benarnya. Tapi bila sampai bab tekan nafsu, masyaAllah... rupa-rupanya perlukan pengorbanan yang sangat besar. Sungguh, tiba-tiba rasa payah pula untuk merealisasikannya!

Ya Allah...mudahkanlah, kerana kami hanyalah hamba yang lemah...

Wallahu alam.

Dipetik daripada kitab Malfuzat...Hadraji Maulana In'amul Hasan Rahmatullahi Alaih.

from : Risalah Amal - Aliaazuan

Sunday, August 8, 2010

CERITA SERANGGA DI DALAM AL-QURAN

Antara Semut, Labah-Labah Dan Lebah

Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.An Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah], dan An Nahl [lebah].


Ant

Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti.
Kononnya, haiwan kecil ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun.Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

Spider

Labah- labah pula, sarangnya adalah tempat yang paling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan yang jantannya disergap untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan labah-labah.

Bee

Lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An Nahl;16:68]. Sarangnya dibuat berbentuk segi enam, bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya adalah serbuk sari bunga. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembahagian kerja dan segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan seperti jenis binatang ini. Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan mengumpul harta, mengumpul ilmu yang tidak dimanfaatkan. Entah berapa banyak juga jenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir, "Siapa yang dapat dijadikan mangsa".

Seorang mukmin diibaratkan sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak merosakkan dan tidak menyakitkan. Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu, tidak merosakkan dan tidak pula memecahkannya.

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!


Wednesday, August 4, 2010

BERAPAKAH NILAINYA 'AGAMA'?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada seorang raja yang faham agama telah menghantar anaknya kepada seorang ustaz untuk belajar agama. Anaknya itu pula ditakdirkan Allah adalah seorang yang bebal & lemah pemahamannya. Ustaz itu selalu memberitahu raja bahawa anaknya tidak mampu untuk belajar agama, tetapi Raja itu menjawab:

Raja : Tidak mengapa, jika anak itu tidak dapat belajar agama kerana bebal, maka teruskan sahaja mengajar hingga tamat.

Ustaz itu pun terus mengajar anak itu. Apabila anaknya tamat belajar, Raja sangat gembira dan berkata sesuatu kepada anaknya itu...

Raja : Beritahulah satu masalah agama.

Anak : Saya tidak ingat apa-apa.

Raja : Cakaplah apa pun yang kamu ingat.

Setelah berfikir lama, anaknya bercakap hanya mengenai satu masalah fiqh iaitu tentang haid. Diterangnya beberapa cabang masalah dalam hkum tersebut.

Raja : Alhamdulillah.. walaupun daku harus menghabiskan semua kekayaan kerajaanku untuk kamu dapat belajar hanya satu masalah daripada ilmu agama, itu tetap suatu keuntungan...(the end)

Firman Allah Subhanahu Wataala:
27:15

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman". (An-Naml-ayat 15)

Dari Abu Zar, Rasulullah telah bersabda: Wahai Aba Zar, sepagi kamu mempelajari satu ayat dari kitab Allah, adalah lebih baik dari kamu bersolah seratus rakaat nafil, dan jika kamu mempelajari satu bab dari kitab Allah, (samada kamu dapat amal @ tidak, adalah lebih baik dari kamu bersolah seribu rakaat nafil (Ibnu Majah).


........Sahabat-sahabatku, untuk mengajak manusia amalkan agama, pentingnya yang pertama sekali adalah menanamkan hakikat iman, fikir & risau akan akhirat serta sikap menghargai agama dalam diri mereka. Sekarang, jiwa manusia kacau kerana banyaknya masalah yang telah dicipta oleh tangan dan akal sendiri, kita banyak risau tentang harta yang tak pernah cukup-cukup, kita banyak risau tentang rumah kita yang belum dapat dibesarkan seperti istana, kita risau tak mampu beli kereta mewah dan perabot mahal-mahal seperti jiran sebelah rumah..betapa banyaknya fikir risau kita. Tapi adakah dalam akal fikiran kita terdetik perasaan risau tentang nasib kita di 'sana' nanti, sudah baikkah agama kita, sudah amalkah kita dengan ilmu yang kita telah dengar, belajar, baca & sampaikan itu. Ilmu yang bermanfaat itu ialah : ilmu yang berjaya kita laksanakan dengan istiqomah dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah, walaupun ilmu yang kita tahu & faham itu hanya sedikit cuma.

Allah adalah Maha Pemberi lagi Maha Pemurah, tetapi Dia juga mempunya harga diri. Dia tidak akan memberi agama kepada sesiapa yang tidak menghargainya. Hendaklah kita bermujahadah di jalanNya sebagai usaha memperbaiki agama kita, serta mempelajari agama dari para ulamak yang ahli/ yang haq dengan menghargai mereka, dan anggaplah mereka telah berbuat baik kepada kita. Rujuklah setiap masaail agama dengan mereka serta berpandukanlah Al-Quran & Sunnah. Dengan apa cara sekalipun, kita mesti menghormati & memuliakan mereka...

Setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam wafat, para sahabat Radhiyallahu Anhum merujuk kepada golongan sahabat yang dipercayai secara khusus oleh Baginda. Dan begitulah peringkat-peringkat seterusnya, sehinggalah agama telah sampai kepada kita hari ini. Begitu susah payahnya mereka untuk mensyiarkan agama kepada seluruh manusia. Tetapi kita, membaca sirah Rasulullah pun kita tak ada perasaan, jauh skali nak mengalir airmata. Jauh bezanya membaca novel cinta, menderu-deru airmata kita keluar sehingga memberi kesan mendalam dalam seluruh kehidupan kita. Adakah kita 'sampai hati' untuk mensia-siakan pengorbanan mereka (Rasulullah, sahabat & para alim ulamak)? Sedangkan kita merasakan diri kita sudah cukup & sempurna segalanya. MasyaAllah, begitu rendahnya kita. Tepuk dada, tanya IMAN...SESUNGGUHNYA AGAMA SANGAT TINGGI NILAINYA, TIADA TERHITUNG OLEH KITA!

Wallahu alam.

dipetik dari : RISALAH AMAL (Aliaazuan)
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hazrat Anas bin Malik Radiyallahuanhu meriwayatkan bahawa apabila masuknya bulan Rejab, Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam akan berdoa dengan doa ini:


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Maksudnya: Ya Allah...berkatilah kami pada bulan Rejab & Syaaban...dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan... (Riwayat Ibnu Ahmad, Ibnu Majah, al-Baihaqi, al-Bazzar & at-Tabarani).

Firman Allah Subhanahu Wataala:
فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ
Maksudnya: Maka berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan...(Al-Baqarah-ayat 148 & Al-Maaidah-ayat 48).

~Sama-sama kita rebut peluang yang ada ini. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat tubuh badan & dapat laksanakan ibadah puasa, qiyam & yang seumpamanya, dengan sempurna & diterima oleh Allah... InsyaAllah...~

dipetik dari : Risalah Amal (Aliaazuan)